Ramai yang sudah lama menunggu dan rindu untuk melihat Jep Sepahtu bersama dengan Mamat Sepah. Kalau peminat yang mengikuti mereka di aplikasi Tiktok pasti pernah melihat dua pelawak ini bersama di Tiktok Live.
Salah seorang peserta Mega Spontan, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad dijemput ke studio SINAR untuk bersama Pagi Di SINAR bagi mempromosikan program Mega Spontan.
Menerusi temubual tersebut, Mamat turut berkongsi cerita zaman sekolahnya bersama Jep. Membesar bersama, pergi ke sekolah yang sama dan turut bekerja di tempat yang sama sebelum mereka menceburi bidang industri hiburan.
“Di sudut hati tu mesti nak. Cinta pertama,” ungkap Mamat ketika ditanya apakah tidak merindui untuk bersama Jep di dalam industri.
“Ramai kawan kat Kulai tu, tapi cinta pertama ni tetap akan berjumpa juga,” jelas Mamat.
Walaupun ramai pihak luar yang membuat spekulasi sendiri mengenai dua sahabat ini tetapi menurut mereka, hingga sekarang mereka masih bersahabat baik.
“Jep ni istimewa lah. Kita ni daripada kecil bersama, cinta tu tak pernah padam.
“Sejauh mana kita pergi pun tetap kita nampak. Kemanisan cinta tu masih ada walaupun banyak halangan.
"Dalam kehidupan ni dah tertulis semua tu kan." luah Mamat.
Walaupun ramai yang bercakap mengenai mereka, kasih sayang tu tetap ada.
Jep juga sempat meluahkan rasa hatinya terhadap sahabat yang sudah dikenali sejak dulu.
“Mamat ni tahu jarak tak menghapuskan rasa saya pada dia.
"Hidup ni banyak cabang, tapi kita tetap berasal dari dahan yang sama." ujarnya.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.