Mamat Exists yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini tidak mahu mendengar komen negatif berkenaan.

Berusia 45 tahun, dia masih berhasrat ingin berumah tangga dan memiliki peneman hidup selepas 13 tahun bercerai dengan bekas isteri, Marshila Mustapa Kamal pada 24 Februari 2010 lalu.
Malah, dia masih mencari calon pilihan yang sesuai dengan dirinya dan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mempunyai pasangan hidup baharu.
"Hasrat hati untuk memiliki pasangan hidup itu sentiasa ada. Tapi, setakat ini belum lagi melalui tahap perkenalan yang serius. Setakat kenal-kenal biasa itu adalah, tapi saya tidak pernah menutup pintu hati untuk jodoh.
"Pada usia saya sekarang, sekiranya ada peneman hidup itu lebih baik daripada terus menjalani kehidupan bersendirian seperti ini. Niat nak kahwin semula memang sentiasa ada," katanya.
Memetik laporan Harian Metro, Mamat akan melakukan aktiviti seni apabila ditawarkan dan dia masih lagi tinggal bersama adik-beradiknya.
"Kehidupan saya di Johor sekarang diisi dengan aktiviti seni dan tawaran nyanyian. Walaupun tawarannya tidak banyak macam dulu, tapi bolehlah untuk saya meneruskan kelangsungan hidup sendiri.
"Sekurang-kurangnya saya tidaklah melilau tak tentu arah tanpa aktiviti berfaedah. Alhamdulillah, saya bersyukur masih mendapat tawaran menyanyi dan sumber pendapatan untuk menyara diri," jelasnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.