Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim sudah berkahwin dengan suami orang di Songkhla, Thailand.
Namun, dia dilihat kekal tenang di platform media sosial dan tidak menutup akaun media sosialnya.
Berusia 19 tahun, Marissa dilihat hanya berkongsi iklan produk menerusi Instagram sahaja dan tidak berkongsi mengenai desas-desus dirinya sudah berkahwin.
Setakat ini, Marissa dan ibu bapanya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda keluarga mereka ketika ini.
Malah, anak perempuan Abby dan Norman tidak lagi mengikuti akaun Instagram kedua-dua ibu bapanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.