Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw secara terbuka mendedahkan yang dirinya melakukan pembedahan bariatric atau dalam Bahasa mudahnya adalah ‘potong usus’
Pengakuan itu dibuat dalam beberapa kemas kininya di Instagram. Menerusi video yang dimuat naik, Melly kelihatan dipeluk suaminya Anto Hoed sambal memberi kata-kata semangat.
“Bismillah aku mahu membagikan momen bahagiaku, salah satu langkah besar di hidupku, yang ternyata sangat menyenangkan
“Aku melakukan bariatric,” tulisnya di Instagram.
Melly pernah mencapai berat badan melebihi 100 kilogram dan berjaya menurunkan 30 kilogram berat badan selepas melakukan senaman dan diet yang disarankan oleh pakar.
Sebelum ini juga Melly pernah melakukan sedut lemak pada bahagian pipinya. Namun, Melly menegaskan dia tidak pernah mengambil sebarang pil untuk menurunkan berat badan secara cepat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.