Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow menerima kecaman daripada netizen apabila tampil tidak berhijab dalam muzik video Moga Bunda Disayang yang dimuat naik di akaun Instagram kepunyaannya.
Babak dalam video tersebut, Melly sedang berbual dengan seorang wanita, beliau kelihatan tidak berhijab dan hanya memakai baju lengan panjang berwarna putih.
Tindakan Melly memuat naik video tersebut di laman sosial media Instagram mencetus kemarahan peminat-peminatnya yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.
Namun, beliau menjelaskan bahawa klip tersebut merupakan video lama sebelum Melly berhijrah dan menutup aurat sepenuhnya.
"Video sudah tentu dibuat semasa saya belum berhijab, dan baru sekarang video berkenanaan disiarkan dan mendapat kritikan" tulisnya.
Walaubagaimanapun, penyanyi Ada Apa Dengan Cinta itu mengakui bahawa dia tidak terkesan dengan kecaman netizen.
"Lumrah manusia memang suka mengkritik, sedangkan Allah maha adil" tambahnya.
Bahkan, Melly juga tidak keberatan sekiranya ada netizen yang ingin unfollow akaun intagram miliknya.
"Video ini saya post untuk pengajaran kita bersama, sekiranya ada yang tidak setuju dengan saya, bagi yang mahu unfollow silakan," jelasnya.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.