Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna TikTok @I'mzheila memaparkan video Din Glamour sedang menerima rawatan dan dia memuatkan juga gambar Mimi Lana.

Pelakon Mimi Lana tampil menafikan dakwaan dia adalah anak kepada pengarah dan pelakon, Din Glamour yang kini dirawat di hospital.
Berusia 28 tahun, pelakon itu menyelar tindakan individu tidak bertanggungjawab itu yang cuba mengaitkannya dengan cerita tidak benar sehingga mencetuskan kekeliruan ramai.
"Walaupun saya tiada pertalian darah dengan abang Din (Din Glamour), tetapi saya doakan Allah SWT permudahkan segala urusannya.
"Semoga abang Din diberikan kekuatan, kesembuhan dan pulih seperti biasa. Mudah-mudahan, insya-Allah amin," katanya.
Malah, pengurus Mimi, Iman Tang juga kesal dengan dakwaan tidak benar yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap Mimi.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.