Mustapha Kamal berkongsi gambar yang melucukan apabila wajahnya disolekkan oleh anaknya yang berusia 14 tahun.
Dia ketika itu sedang leka menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia 2018 di anatar apasukan Sepanyol dan Rusia kelmarin.
"Allahuakbar! Tengok apa dah jadi pada muka Abang Mus...
"Sedang tengok bola sepak Spain dengan Rusia, anak make up muka Abang Mus," tulisnya di Instagram bersama wajahnya beroles gincu merah.
Gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari Netizen dan ada yang bertanyakan kepada pelakon tersebut adakah dia bersedia untuk membawa watak sebagai seorang transgender.
"Bang Mus... Ada tak teringin nak berlakon watak ini kalau diberi peluang. Saya rasa watak ini tak pernah lagi," komen dari @liehan07.
Mustapha membalas ; "Tak nak."
"Kalau buang jambang memang laku terus," tambah @ftnzidar menyakat pelakon lelaki itu.
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.