Pelakon Nabila Huda atau lebih mesra dikenali sebagai Abil berkongsi berita duka bayi yang dikandungnya gugur buat kali kedua pada hari Isnin.
Nabila dedah perkara tersbut menerusi Instastory di akaun miliknya. Sebelum disahkan keguguran, Nabila mengalami pendarahan dan cuba tenangkan diri selepas mendapat berita berkenaan.
"Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua.
"Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
"Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.
"Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba 'dia' tiada atau 'dia' jatuh atau 'dia' tak ada kat dalam tu (rahim)," katanya.
"Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat....
"Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir... Sakit rasanya...," tambahnya.
Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah keguguran pada April tahun lalu.
Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.
Sumber: Instagram / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.