Pelakon Ungku Ismail menerusi satu hantaran video di Instagram menjelaskan keadaan terkini Nad Zainal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
Nad Zainal sejak beberapa hari ini menunjukkan perkembangan yang positif apabila sudah mula sedar dan buka mata. Namun masih dalam pemantauan rapi.
“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.
"Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan... bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
"Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia.
"Dia sedar sekejap sahaja,” katanya.
Mesin pernafasan masih belum dicabut dan menunggu paru-paru untuk Kembali sihat sepenuhnya.
Ungku Ismail meminta orang ramai dan peminat untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Nad Zainal.
Terdahulu, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan ditidurkan sejak minggu lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.