Pelakon Nad Zainal berkongsi nama cahaya mata keduanya yang selamat dilahirkan pada 30 Mac lalu.
Budi Kalsom menjadi pilihan bagi nama anak keduanya. Walapun Nad belum lagi mendedahkan wajah atau jantina bayinya itu, namun Nad mendedahkan bahawa dia sudah memanggil bayinya dengan nama timangan Cik Som.
“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya.
“Budi Kalsom...Nama diberi...Selamat hadir dalam hidup kami,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Rata-rata peminat Nad memuji keindahan pemilihan nama buat anak keduanya itu di ruangan komen.
“Cantiknya nama”
“Moga Allah berkati anak ini dan jadikannya solehah, berkat nama anak baginda Nabi SAW”
“Cantik dan klasik”
“Nama itu doa….betapa indahnya doa dari ibu bapa untuk mu wahai Budi Kalsom”
“Unik nama lembut saja sebut”
Terdahulu, Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amirullah selamat diijabkabulkan pada 18 Disember 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahas Ibrahim dan Budi Kalsom.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.