Pelakon, Nad Zainal bersyukur sudah dibenarkan keluar daripada hospital setelah sebulan mendapat rawatan.

Malah, dia juga bersyukur atas semua doa para peminat, rakan artis dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang doakan saya, yang hulurkan juga bantuan untuk hospital saya.
“Dan banyak yang tak terungkap dengan kata-kata anda semua,” katanya.
Tambahnya, Nad juga mendedahkan sebab pihaknya berhenti berkongsi berita tentang keadaan kesihatannya kepada umum.
“Mula-mula mereka kata baik, tetapi untuk keselamatan kami itu yang kami tak dedahkan untuk elakkan berita tak betul, tokok tambah daripada pihak yang tak sepatutnya,” ujarnya lagi.
Nad Zainal yang kini muncul dengan penampilan berhijab dilihat lebih bersahaja untuk bercerita masalah kesihatan yang dialaminya.
Malah, dia juga berharap akan terus bersemangat untuk kembali aktif dalam bidang lakonannya semula.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.