Penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala memaklumkan dia tetap sayang terhadap anak-anaknya dan kasih sayang terhadap mereka tidak pernah putus.

Biarpun dia sudah bercerai dengan bekas isteri, Fauziah Sarman pada 2 Ogos lalu itu bukanlah alasan baginya untuk terus mengambil tahu tentang anak-anaknya.
Malah, dia juga tiada sebarang isu membabitkan hubungan kasih sayangnya dengan anak-anak kerana apa pun yang sudah terjadi anak-anaknya tetap darah dagingnya selama-lamanya.
"Bagi saya, hubungan bersama anak-anak sekarang tiada isu. Sebab mereka tetap kekal sebagai darah daging saya. Mereka itu adalah DNA saya untuk selamanya dan tidak akan pernah berubah.
"Saya tahu dengan segala apa ujian yang sudah berlaku ini membawa impak dalam keluarga. Anak-anak juga diuji, kita juga diuji. Apapun, kita kena sentiasa berlapang dada dan doakan yang baik-baik saja.
"Mungkin pandangan kita pada hari ini juga berdasarkan sumber dan maklumat yang diperoleh membentuk pendirian diri apabila terlihat kebenaran itu dari sisi yang lain," katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.