Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Neelofa Dan Suami Dikenakan Kompaun Sebanyak RM60,000 Gara-Gara Ingkar SOP

Langgar SOP di majlis perkahwinan dan rentas negeri, Neelofa dikenakan kompaun tanpa diskaun.
nura
27 Apr 2021, 02:40 PM

Pengacara dan usahawan, Neelofa bersama suami, PU Riz serta 20 ahli keluarga lain telah dikenakan kompaun sebanyak RM 60,000 disebabkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

neelofa dan suami dikenakan kompaun sebanyak rm60,000 gara-gara ingkar sop

Keluarga tersebut dikenakan kompaun berkenaan yang mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, yang mengeluarkan perincian kompaun terhadap Noor Neelofa Mohd Noor sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan.

neelofa dan suami dikenakan kompaun sebanyak rm60,000 gara-gara ingkar sop

Menurut Mohamad Zainal, kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuh SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.

Beliau turut dikenakan denda kompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Sementara suami Neelofa, PU Riz dikenakan kompaun RM10,000 (juga tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran merentas negeri.

neelofa dan suami dikenakan kompaun sebanyak rm60,000 gara-gara ingkar sop

 

Menurut Mohamad Zainal, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.

Manakala, sebagai penganjur majlis kesemua ahli keluarga figura terkenal itu turut dikenakan tindakan tersebut kerana gagal memastikan pematuhan penjarankan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung sepertimana yang telah diarahkan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB.

neelofa dan suami dikenakan kompaun sebanyak rm60,000 gara-gara ingkar sop

Selain itu, Neelofa turut bersuara mengenai perkara tersebut menerusi bebenang di akaun Twitter miliknya.

“Saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. 

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

“Ini juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” tulisnya.

Beliau memohon maaf dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik menguruskan kesnya itu. 

neelofa dan suami dikenakan kompaun sebanyak rm60,000 gara-gara ingkar sop

Pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang elegan dan eksklusif.

Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.

Kesemua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada hari ini, jelas Mohamad Zainal.

Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi pelaksanaan PKPB.

"Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," tegasnya.

Sumber: Awani

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.