Pelakon, Anna Jobling telah diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4).

Susulan itu, ramai warganet yang tidak bersetuju dengan pemilihan dirinya menjadi juri dalam rancangan tersebut.
Malah, ada artis senior turut dilihat secara terbuka mempersoalkan pemilihan Anna seperti Didie Alias.
“Anna Jobling? Ramai lagi ‘otai’ kot. Okey mungkin untuk tujuan komersial,” komen Didie.
“Anna Jobling tak layak langsung jadi juri. Baru setahun jagung dalam industri. Ramai lagi yang layak,” komen salah seorang netizen.
Namun, Anna tampil menjawab persoalan berkenaan dan dia berharap orang ramai memberinya peluang.
“Saya anggap peluang menjadi juri untuk MLS4 adalah rezeki buat saya. Ini adalah kali pertama saya menjadi juri. Setiap perkara yang kita lakukan dalam dunia ini pasti ada momen pertama kali.
“Saya harap orang di luar sana memberi saya ruang dan peluang untuk belajar lebih banyak perkara,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.