Ibu tercinta menghidap demensia atau nyanyuk menjadi alasan utama penyertaan penyanyi Ning Baizura dalam program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Berusia 49 tahun, dia mendedahkan ibunya Satilah Abdullah yang kini berusia 81 tahun sudah tidak begitu mengingati mempunyai seorang anak bergelar penyanyi.
Malah, dia juga mahu mengembalikan momen sebagai penyanyi di atas pentas besar sebagai satu hadiah terbaik buat ibunya.
“Dia seperti ingat-ingat lupa bahawa saya seorang penyanyi. Dia sudah tak ingat bila kali terakhir saya buat persembahan dalam televisyen.
“Mungkin ini adalah hadiah terbaik yang saya boleh bagi untuk dia. Sebagai anak hanya mampu memberikan dia kenangan terindah,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.