Pelawak, Nizam Jentik Jentik berkongsi hantaran yang penuh emosi di Facebook menarik perhatian pengguna warga maya.

Malah, dia bersimpati dan bercerita mengenai pengalamannya menjadi antara saksi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang individu, semalam.
Menurutnya, dia terpaksa memberanikan diri untuk menjawab panggilan telefon milik mangsa terbabit.
“Saya menjadi antara yang terawal nampak dan berada di lokasi kemalangan itu. Saya turun memayungi mangsa sebab keadaan panas terik ketika itu. Ada beberapa penunggang motosikal juga membantu mengawal lalu lintas.
“Kami cuba memastikan segala barang penting mangsa, seperti telefon bimbit dan dompet, berada dalam jagaan rapi. Kami tidak dapat menghubungi waris kerana tiada nombor kecemasan tertera di telefon (ini penting).
“Tiba-tiba telefon mangsa berdering dan tertera 'My Lovely Wife'. Allahuakbar. masing-masing tidak berani mengangkat, tetapi saya memberanikan diri mengangkatnya.
“Saya menjawab, 'Assalam puan…' Dia membalas, 'Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon'. Dengan hati yang berat dan sebak, saya khabarkan, 'Puan, suami puan ada dekat dengan saya, dia terbabit dalam kemalangan puan'.” katanya.
Nizam kemudiannya dimaklumkan bahawa lelaki itu baru selesai menghantar anaknya ke sekolah petang.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.