Penyanyi Noh Salleh mendakwa bekas isteri, Mizz Nina tidak menjaga anak angkat mereka, Musa sebaliknya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pengasuh.

Berusia 39 tahun, Noh menegaskan Musa berada dalam keadaan baik sepanjang di bawah jagaaannya selama tiga minggu.
“Hanya orang yang terror (pandai) jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira.
“Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dia dengan kami, dia sangat gembira. Saya tidak pernah melihat wajahnya seperti itu.
“Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tidak pernah jaga dia, tinggalkan (Musa) pergi ‘dating’ di Amerika Syarikat. Yang jaga Musa pun bibik. Trauma itu berlaku di bawah jagaan dia,” katanya.
Tambahnya, dia akan mencuba pelbagai cara untuk berjumpa dengan anak angkatnya kerana dia memaklumkan Nina telah ‘block’ untuk menghubunginya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.