Pelakon, Nonny Nadirah yang telah lama menyepi membuat kejutan dengan memuat naik video sedang mencukur rambut sendiri ala ‘crew cut’.

Berusia 34 tahun, dia yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka baju dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.
Sebelum itu, dia menaburkan bedak debu yang difahamkan bagi mengelakkan sisa rambut melekat pada badan.
Malah, ia menjadi tanda tanya tentang tindakannya itu dan tiada penerangan mengenai tindakan berbuat sedemikian.
Setakat ini, ramai yang tidak pasti sama ada tindakan Nonny membotakkan kepala memenuhi tuntutan watak bagi projek terbaru atau sebaliknya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.