
Baru-baru ini, seorang pelakon lagenda, Jalil Hamid meluahkan perasaannya tatkala beliau hanya ditawarkan RM 1,500 untuk satu job lakonan sebagai watak utama dan menjalankan pengambaran selama dua hari.
Luahan perasannya turut mendapat perhatian seorang lagi pelakon serba boleh, Noorkhiriah. Melalui instagramnya, Khiriah menyokong pendapat Jalil Hamid dan mengatakan artis yang muda, cantik dan banyak kontroversi lebih dipandang pihak penerbit dan dibayar tinggi.
Khiriah juga turut meluahkan perasaan tentang segala anugerah yang dimenangi oleh seseorang artis.
“award tak menjanjikan apa-apa. Even nak buat batu nisan pun tak LAKU. Maka bertabah dan sabar.. Abang Jalil Hamid insan seni hebat di mata saya.” Tulis Khiriah pada instagramnya.
Jalil Hamid dan Noorkhiriah adalah figura yang serba boleh. Bagi sahaja apa watak, pasti dibawa dengan baik. Sangat lah rugi apabila pihak penerbit memandang sepi dan memperlakukan mereka sedemikian. Jangan nanti tiba satu masa di mana semua pelakon bak tiang kayu dan ketika itu semua yang hebat telah tiada, maka tiada guna untuk bersesalan.
Sumber: Instagram Noorkhiriah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.