Pelakon Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, menerima pujian daripada netizen apabila mengambil inisiatif untuk mengajak pengikutnya di media sosial menghafal surah al-Mulk bersama-sama.
Masih dalam proses belajar, Nora berkata dirinya kini sedang berusaha menghafal surah tersebut biarpun hanya baru berjaya mengingati lima baris ayat.
“Hai assalamualaikum semua, Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.
“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.
“Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” kongsinya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik semula peminatnya dalam TikTok.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.