Penyanyi Noryn Aziz dilaporkan selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, malam tadi.
Juara program Gegar Vaganza musim kelima menikahi usahawan berkenaan dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Memetik laporan Awani, pasangan berkenaan membuat keputusan untuk menikah lebih awal berbanding perancangan asal yang sepatutnya diadakan pada 25 Oktober ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Pasangan pengantin baru berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.
Namun, segala rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh yang baharu sebaik sahaja selesainya PKPB.
Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.