Menjelang hari raya ini, memang banyak koleksi pakaian raya tidak kira lah untuk perempuan atau wanita untuk digayakan seluruh umat islam yang menyambutnya.
Pengacara Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil juga turut mengambil kesempatan mengeluarkan koleksi baju Melayu yang dihasilkan bersama pereka fesyen Razman Razmi.
Namun begitu, respon yang diterima oleh Pak Nil membuat dirinya kecewa apabila banyak kata - kata negatif dilemparkan untuk koleksinya itu.
"Sedih jugalah bila orang persendakan, samping sedondon tu #paknil bagi percuma aje untuk mengenang idola #paknil, Allahyarham Sudir.
"Yang tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa.
"Paknil hadiahkan jugaklah samping songket supaya pemilik baju melayu ini ada pilihan.
"Settlekan? Orang baling batu, Paknil baling bunga. So, no problem," tulisnya.
Sebelum itu, Pak Nil juga pernah kongsikan inspirasi bajunya itu di laman Instagram. Jom baca sejarah budaya sebelum tercetusnya baju Melayu Raznil.
Inspirasi Baju Melayu #paknil sejak dulu mmg dr idola Paknil, Allahyarham Dato Sudirman. Baju melayu dengan samping yg sama dari material baju melayu. Dato Sudirman, melengkapkannya dgn songkok dari kain yg sama juga.
Paknil pula lengkapkan dgn bengkong untuk mengikat kuat samping yg dikenakan agar tidak terlondeh. Lagi pun ia akan melihatkan seolah si pemakai berpinggang 😁
Namun jika anda dapatkan baju mekayu #raznil ini, anda masih boleh kenakan dgn samping songket pilihan anda sbb baju melayu dari @razman_razmikualalumpur ini sangat kemas.
Walaupun nampak fitting, tp senang masuk sbb ada zip tersorok di sisi badan.
Nantikan kemunculannya Ramadan ini.
Tak apalah Pak Nil, InshaAllah ramai je yang boleh menghargai koleksi Pak Nil nanti.
Sumber Instagram @aznilnawawihm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.