Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed mendapat perhatian warganet apabila berani untuk bersuara dan memberi teguran terbuka kepada kumpulan, Dolla.

Imej yang ditampilkan Dolla menerusi single terbaharu berjudul Damelo yang membuatkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.
Menurut penceramah yang dikenali dengan kelantangannya itu, dia mempersoalkan penampilan dua daripada empat anggota Dolla yang beragama Islam dengan menyifatkan pemilihan busana mereka sangat keterlaluan.
Malah, seorang netizen menghantar mesej langsung (DM) berkenaan pemilihan gaya berani kedua-dua penyanyi tersebut.
Tambahnya, PU Syed berasa sedih apabila garis panduan pemakaian khususnya buat umat Islam sering ‘dilanggar’ dan penguatkuasaan pula masih lemah.
Ia sedikit sebanyak peringatan bukan sahaja kepada Dolla, malah semua individu tidak kira selebriti mahu pun personaliti popular lain.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.