Pelakon Pekin Ibrahim tenang dan reda akan situasi yang berlaku apabila mendapat berita kereta miliknya yang baru tiba di Malaysia terlibat dalam kemalangan di Putra Heights.
Namun, Pekin menjelaskan bukan dia yang memandu kereta berkenaan ketika kejadian tetapi rakannya, Amirul yang memandu.
"Tiga orang berada dalam kereta itu ketika kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang, manakala Amirul yang memandu.
"Alhamdulillah semua selamat walaupun alami kecederaan termasuk patah bahu. Doakan mereka semua cepat sembuh," katanya.
Tambahnya, pelakon itu mahu orang ramai untuk menghentikan tomahan negatif atau ‘cakap belakang’ terhadap kejadian yang menimpanya.
Malah, ada juga yang mengatakan rakannya itu terlibat dengan lumba haram atau memandu dalam keadaan bahaya.
"Berhenti sebarkan perkara yang bukan-bukan. Benda berlaku sekelip mata, semua qada dan qadar.
"Insurans akan cover, Insya-ALLAH. Kami akan bincang selepas semuanya sihat. Harap doakan yang baik-baik," katanya.
Dia berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang keadaannya apabila mengetahui kejadian kemalangan itu.
Pekin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu apatah lagi ketika memandu kereta milik orang lain.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.