Aliff Aziz didakwa mencuri wang milik pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri ketika berada disebuah kelab malam di Singapura 7 jun lalu.
Berita tersebut diakui sendiri oleh Yunika menerusi portal haluankepri.com,
“Ketika berada di Clarke Quay, saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) saya hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter.
“Ketika membuat bayaran saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.
“Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya.
“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” dakwanya.
Yunika juga menyatakan kes ini mendapat perhatian daripada Atase Nasional Polis Singapura.
Sumber Astro Gempak dan Extra.com.my.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.