Siapa yang lahir sekitar tahun 80 dan 90-an mesti kenal watak Mak Lampir menerusi drama bersiri Misteri Gunung Merapi.
Watak yang pernah menjadi igauan ngeri kanak-kanak ketika itu oleh kerana paras rupanya yang berwarna hijau itu.
Walaubagaimanapun, ada berita dukacita kepada peminat Mak Lampir, pelakon yang membawa watak Mak Lampir, Farida Pasha telahpun menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 68 tahun.
Perkara ini disahkan sendiri oleh cucunya, Ify Alyssa menerusi satu hantaran di Instagramnya semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak keluarga, pelakon sinteron Misteri Gunung Merapi ini meninggal dunia akibat COVID-19.
Terdahulu, Farida mula dikenali ketika membintangi filem Guna-Guna Istri Muda pada tahun 1977 yang turut dibintangi oleh Rina Hasim dan Roy Marten.
Sumber: Kompas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.