Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terima beberapa teguran daripada peminat dan netizen selepas muat naik video makan durian bersama suaminya, Nabil Mahir.
Rata-rata meninggalkan komen bimbang serta menegur Ayda supaya tidak makan terlalu banyak durian disebabkan keadaannya yang sedang hamil.
Dalam hantaran itu, Ayda muat naik sebuah rakaman video dia bersama Nabil sedang menikmati durian dengan cara makan yang berbeza.
“Korang suka ‘Nasi + Durian’ atau ‘Durian’ sahaja? Ke korang ada tambahan bahan lain?
“Wanita yang mengandung sila dapatkan nasihat doktor sebelum makan durian. Jangan pulun macam jumpa boyfriend lama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun begitu, ada beberapa peminat yang masih lagi bertanya Ayda tentang perkara berikut di ruangan komen.
“Ibu hamil boleh makan durian ke?,” tanya salah seorang warga net.
Dengan itu, Ayda membalas komen-komen mengenai persoalan tersebut.
“Doktor saya pesan dua ulas je maksimum,” jawabnya.
Difahamkan Ayda kini berada dalam bulan keenam kehamilan anak pertama bersama suami, Nabil Mahir. Pasangan tersebut selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.