Penyanyi popular, Saleem, meninggal dunia pada 6.15 kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
Menurut Harian Metro, berita kematian penyanyi itu telah disahkan oleh isterinya Juriah@Julia Bachok.
Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed, sebelum ini telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia PPUKM) selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada 20 September lalu.
Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga pada jam 3.20 petang itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru. Saleem yang ketika itu menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.
Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.
Kredit: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.