Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Jangan Lari Dari Masalah, Jaga Isteri Baik-Baik,” Pesanan Ringkas Edika Yusof Kepada Para Suami

Ini yang dikatakan cinta sejati, susah senang bersama.
nura
13 Apr 2021, 11:10 AM

Setiap rumah tangga sudah pasti akan ada ujiannya. Pelakon, Edika Yusof turut berkongsi kisah ujian rumah tangganya, berbelas tahun berbakti menjaga isterinya yang lumpuh. 

“jangan lari dari masalah, jaga isteri baik-baik,” pesanan ringkas edika yusof kepada para suami

Sudah tentu kisah mengenai Edika dan isterinya diketahui secara umum oleh orang ramai. Bahkan, kisah pengorbanan Edika terhadap isterinya tidak menjemukan para peminat, ia turut menjadi sumber inspirasi bagi pasangan suami isteri di luar sana.

Edika turut mendedahkan bahawa dia pernah ditanya berkenaan topik berkahwin lain oleh orang sekeliling termasuklah ibunya sendiri.

Walau bagaimanapun, bagi Edika dia enggan melakukan demikian malah dia hanya ingin membantu isterinya untuk kembali pulih. 

“Soal kahwin lagi, bukan setakat orang luar yang tanya, ibu saya sendiri pun pernah menyuarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya akan begitu.

“Saya membesar dalam keluarga poligami dan melihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya, seorang ibu sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anaknya. 

“Jadi, kenapa saya ingin melukakan hati isteri saya begitu? Alhamdulillah, semakin lama, keadannya bertambah baik, mukanya semakin cantik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja rumah seperi berjualan online,” ujarnya.

“jangan lari dari masalah, jaga isteri baik-baik,” pesanan ringkas edika yusof kepada para suami

Edika berkongsi kisah tersebut dalam episod ketujuh Borak Kelamin yang bersiaran di Astro Ria semalam.

Tambahnya, Edika turut berkata bahawa seseorang suami itu seharusnya tidak lari dari masalah dan bukan sahaja berserah kepada Allah semata-mata jika tiada usaha sebaliknya.

“Kita jangan berserah kepada Allah semata-mata tanpa melakukan sesuatu. Berusahalah untuk membantu isteri menjadi lebih baik, jangan pernah putus asa.

“Jangan lari dari masalah kerana ia tidak akan membantu, jaga isteri baik-baik, InsyaAllah rezeki kita pun akan dimurahkan, ini yang saya nampak dalam kehidupan sendiri. 

“Alhamdulillah, anak-anak pun baik-baik, isteri makin berdikari,” tambahnya lagi.

“jangan lari dari masalah, jaga isteri baik-baik,” pesanan ringkas edika yusof kepada para suami

Sekadar info, keadaan isteri Edika, Nor Hidayah Yusri berlaku pada tahun 2005. Pada mulanya, beliau mengalami koma selama sembilan hari dan didapati lumpuh setelah sedar dari tempoh tersebut.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }