Pengarah dan pelakon, Pierre Andre mendedahkan dia berasa sangat tenang dengan ketiadaan telefon bimbit, termasuk akaun media sosial.

Berusia 39 tahun, dia berkongsi segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus.
“Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tekanan. Begitu juga, apa saja akaun media sosial pun saya tak ada.
“Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan,” katanya.
Tambahnya, tindakan dia tersebut dilakukan bagi mengutamakan ketenangan buat diri sendiri tanpa penggunaan telefon.
“Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja. Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri di media sosial.
“Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.