Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kekasih hati penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi dikenali Rania sudah selamat dirisik pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung di kediaman wanita itu.

Namun, ia memang majlis merisik yang betul sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan dan bukanlah gimik pembikinan muzik video lagu baharunya yang disebarkan warganet.
"Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar semalam dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya. Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.
"Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua," katanya.
Malah, dia juga bersyukur dan berterima kasih atas doa-doa daripada keluarga, rakan-rakan dan para peminat.
Dia juga mahu semua untuk mendoakan segala kebaikan dan kebahagiaan buatnya serta kekasih dengan berharap segala perancangan mereka untuk melangkah ke jenjang pelamin dipermudahkan Allah.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.