Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini ke atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, dua tahun lalu.
Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan hakim, Noridah Adam memutuskan demikian di akhir kes pembelaan.
Ketika membaca keputusan, beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan.
Mahkamah juga mendapati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kesnya terhadap Azman.
"Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan berkenaan.
"Susulan itu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan satu sebatan bermula jatuh hukum sementara pertuduhan kedua 12 tahun penjara dan satu sebatan selepas selesai menjalani hukuman pertama," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.