Pelakon tanah air, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berani tampil untuk memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin ini.
Dia menegaskan mahu berpisah dengan suaminya selepas berlakunya kemelut rumah tangganya bersama suami Syamsul Yusof.
Malah, dia terpaksa menangguhkan fail penceraian itu ke minggu depan selepas isteri kepada Syamsul Yusof itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.
Tambahnya, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan pada hari tersebut.
Peguam tersebut juga mengulas kehadiran model itu untuk permohonan cerai ke mahkamah dengan mengatakan ‘pasti hadir’.
Dua hari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.
"Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu," katanya.
Menurut temubual eksklusif, Syamsul mengatakan dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Tambahnya, dia juga mengatakan isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai isu berbangkit rumah tangga mereka.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.