Nampaknya kemelut rumahtangga yang melanda Puteri Sarah masih belum selesai. Semalam, menerusi perkongsian di Insta Story, Sarah berkongsi mesej yang diterima daripada seseorang mendakwa suaminya, Syamsul Yusof sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.
Walaupun tidak memberi sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu, Sarah ada memuat naik satu Insta Story meluahkan perasaannya yang ditipu oleh seseorang yang menyorokkan kebenaran.

"Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terungkap suatu hari nanti.
"Seorang narsistik seperti kamu akan berterusan memutar belitkan kebenaran. Penipu akan tetap menjadi penipu." tulisnya di insta story.

Bagaimanapun, Sarah tidak tahu dan tidak kisah mengenai dakwaan yang mengatakan suaminya sudah bernikah dengan Ira Kazar. Sarah berharap tahun 2023 adalah tahun di mana semuanya akan terbongkar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.