Atas tujuan ingin mendorong generasi muda menyertai vaksinasi nasional, pelakon Raffi Ahmad menjadi antara selebriti terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 di Indonesia.
Menurut laporan CNN, Doktor Reisa Kartikasari, pegawai kesihatan yang mengurus program berkenaan itu berkata pemilihan Raffi bertepatan dengan sasaran mereka iaitu golongan muda atau generasi milenial.
“Raffi Ahmad hadir sebagai wakil kaum milenial supaya boleh jadi inspirasi untuk meyakinkan mereka terhadap keperluan vaksin.
“Secara tak langsung menjayakan program vaksinasi di Indonesia, ” katanya.
Raffi terima suntikan vaksin bersama pegawai kerajaan termasuklah Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka pada hari Rabu.
Raffi pernah berkongsi bukti sekeping foto kad biru bertulis "Vaksinasi Perdana COVID-19" di Instagram menunjukkan dia menjadi salah seorang penerima vaksin terawal di Indonesia.
Selain Raffi Ahmad, nama penyanyi Bunga Citra Lestari antara disebut bakal menerima vaksin terawal, namun pihaknya memaklumkan masih belum mendapat perkhabaran itu.
“Sampai sekarang tak tahu apa-apa lagi, belum ada rancangan ke Istana... belum ada khabar sampai sekarang,” kata pengurus BCL iaitu Doddy.
Sumber: CNN Indonesia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.