
Olahan Razzlyn Rosli. Kredit The Star. Imej Marina Mahathir.
Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah dunia apabila dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 pada usia 92 tahun.
Apa yang lebih mengagumkan lagi adalah beliau masih menpunyai stamina dan kelihatan cergas dan bekerja lebih keras daripada orang yang separuh usianya.

Memetik laporan dari Bernama dan The Star, Ini antara rahsia disebalik kecerdasan yang dikongsikan oleh beliau sendiri ketika ditemubual di Tokyo baru – baru ini.
- Kekalkan Gaya Hidup Sihat
Tun menjalani gaya hidup sihat dengan memastikan tubuh badannya kekal aktif walaupun selepas melepasi garisan usia pencen. “ Sudah tentu saya ingin berehat, tetapi saya menyarankan agar kita tidak terlalu banyak berehat terutamanya bila umur semakin meningkat.” Jika badan kita asyik berehat, otot badan akan semakin lemah dan tidak mampu menampung berat badan kita sendiri.
- Pastikan Otak Sentiasa Aktif
“Jika kita tidak membuat otak kita bekerja, tidak berfikir, tidak menyelesaikan masalah, tidak membaca, tidak menulis dan lama – kelamaan otak kita akan semakin lemah.”
- Berhenti Makan Jika Sudah Kenyang
Tun menekankan supaya tidak makan lebih dari kadar yang sepatutnya. Nasihat ini sebenarnya diberi oleh arwah ibunya yang sentiasa memesan supaya berhenti makan jika sudah kenyang walaupun sesedap mana hidangan tersebut. Perkara ini pada mulanya susah untuk dipratikan tetapi ianya akan menjadi mudah jika sudah terbiasa.
Ini antara 3 rahsia Tun Mahathir untuk kekal sihat, mungkin anda diluar sana boleh mula jalankan gaya hidup sihat seperti ni kan? Selamat Berjaya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.