Pembantu peribadi sambilan kepada pelakon Ruhainies iaitu Ahmad Zahar mendedahkan kenyataan berkenaan isu tangkap khalwat Ruhainies dan Aliff Aziz.

Malah, mereka juga ditanya dan diminta mengulas keadaan pelakon itu susulan dakwaan ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di kondominium mewah
“Keadaan dia (Ruhainies) baik-baik sahaja dan masih bekerja seperti biasa. Tetapi dia kini lebih banyak berdiam diri,”
Tambahnya, dia juga memberikan nasihat kepada Ruhainies supaya tidak membaca komen warganet di media sosial.
"Sebagai rakan, saya juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di media sosial. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.
"Di pihak saya, memang sedikit tertekan membaca komen dan kecaman netizen di media sosial," katanya.
Azhar juga yakin dan percaya Ruhainies tidak terbabit dalam aktiviti yang tidak bermoral itu.
"Dia seorang yang lemah lembut dan saya juga terkejut menerima berita Ruhainies ditangkap khalwat berkenaan.
"Saya dapat tahu berita itu pada Sabtu. Saya juga terkejut dan tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.
"Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang diperkatakan," jelasnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.