Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Ramlah Ram Tahan Sebak Dengar Lagu Raya, Risau Dan Rindukan Ibu Tercinta Berada Di Kampung Halaman

Lagu raya dah mula berkumandang, perasaan sebak mesti akan timbul.
nura
28 Apr 2021, 06:00 PM

Penyanyi Ramlah Ram luahkan perasaan sebak sudah dua tahun tidak dapat meraikan bulan Ramadan bersama keluarga dan ibu tercinta di kampung halaman.

ramlah ram tahan sebak dengar lagu raya, risau dan rindukan ibu tercinta berada di kampung halaman

Bagi Ramlah, 56, sudah menjadi kebiasaan baginya setiap tahun untuk menyambut awal Ramadan bersama ibu tercinta di Kluang, Johor sehinggalah tercetusnya pandemik COVID-19 yang membataskan pergerakan orang ramai lagi-lagi merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

“Menyambut bulan puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang agak lain, boleh dikatakan sama macam tahun lepas. 

“Kebiasaannya awal Ramadan saya bersama keluarga balik kampung untuk berbuka dan bertarawih dengan mak tapi tahun ini tak dapat lagi,” katanya.

Menurut Ramlah, kali terakhir beliau bertemu bonda tercinta apabila kebenaran rentas negeri telah dilaksanakan pada tahun lalu. 

ramlah ram tahan sebak dengar lagu raya, risau dan rindukan ibu tercinta berada di kampung halaman

“Kali terakhir jumpa mak masa kebenaran rentas negeri dibenarkan tahun lalu, itu pun sebab saya ada urusan kerja di Johor Bahru, dapatlah singgah sekejap.

“Memang sedih apabila terkenang ibu di kampung. Tapi benda ini untuk kebaikan kita semua, jadi saya reda sahaja,” katanya.

Bahkan, penyanyi tersebut turut mengatakan bahawa dirinya tidak mampu menahan sebak apabila mendengar lagu raya yang bermula dipasang di radio kerana terkenangkan ibu yang jauh di mata.

“Setiap hari video call dengan mak, bila dengar lagu raya mulalah rasa sedih sebak. Alhamdulillah, mak sihat cuma sesekali dia terlupa yang sekarang ini PKP, tak boleh rentas negeri. Selalu bila dalam perbualan dia tanya kenapa tak balik. Mak rindu.

“Kita kena terangkan semula, sekarang ini PKP tak boleh balik. Bila mak tanya macam itu, kita pula jadi sedih, bimbang kalau dia rasa anak-anak yang dah lupa dia. Mujurlah di kampung ada adik yang boleh tengok dan jagakan mak. 

“Besar kemungkinan tahun ini hanya beraya bersama kakak sahaja di Kuala Lumpur. Sekarang ini hanya mampu berdoa supaya COVID-19 ini segera berakhir dan kita dapat melalui kehidupan seperti biasa,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }