Pelakon Bollywood, Rishi Kapoor dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai, India pada Khamis selepas dikejarkan ke hospital.
Memetik laporan daripada portal The Hindustan Times, berita tersebut disahkan oleh abang mendiang, Ranhir Kapoor.
Mendiang dimasukkan ke hospital tersebut pada Rabu ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sejak 2018.
Berita tersebut juga dikongsikan oleh pelakon Bollywood, Amitabh Bachchan di laman Twitter.
Nama Rishi melonjak selepas filem romantik remaja lakonannya Bobby disiarkan pada 1973.
Filem tersebut turut mendapat sambutan hangat di Malaysia.
Sumber: The Hindustan Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.