Rudaini mendedahkan secara eksklusif tentang pernikahannya dan bekas suami yang berlangsung di sebuah gudang beras yang terletak di Thailand.
Gambar tersebut dikongsikan di dalam sebuah buku, Kerana Aku Seorang perempuan yang menceritakan perjalanan tentang ibu tunggal anak dua itu.

Rita Rudaini turut menjelaskan serta meluahkan rasa hatinya tanpa berselindung di dalam naskah terbabit. Bagi Rita, tindakannya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tapi hanya memberi kekuatan kepada wanita diluar sana.

“Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya. Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu”
“Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid tapi takut ada orang yang kenal. Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya”
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.