Kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh atau lebih mesra dipanggil Pak Lan kini semakin uzur.
Melalui perkongsian Ustaz Taufik yang kerap menziarahi Pak Lan, pelakon veteran itu kini sudah tidak boleh melihat lagi seumur hidupnya kerana saraf matanya sudah dimatikan oleh doktor. Ia bagi menghilangkan rasa sakit kepala yang dihadapinya sejak bertahun lalu akibat kencing manis yang kronik.
Beliau juga sudah tidak mampu berjalan dan harus didukung oleh anak bongsunya setiap kali ingin ke mana-mana. Kini Pak Lan dijaga dan diuruskan oleh isteri dan anaknya.
Semoga keadaan kesihatan Pak Lan semakin baik, sama-sama kita doakan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.