Penyanyi, Roy Ratnaku kecewa dengan sesetengah pihak yang memperlekehkan dirinya apabila menawarkan RM200 hingga RM300 untuk mengadakan persembahan.

Berusia 59 tahun, Roy mendedahkan tawaran tersebut terjadi hanya disebabkan dia aktif mengadakan persembahan secara busking sehingga menyebabkan nilai bayarannya jatuh.
"Harga saya lagi rendah dari buskers-buskers lain. Saya artis Malaysia sampai sekarang. Walaupun ada orang kata saya artis sendu atau apa sahaja, saya kata saya tetap artis dan saya dah banyak berjasa dalam industri muzik dalam dan luar negara.
"Separuh orang takut nak mengaku diri dia macam itu. Tapi saya cakap juga sebab itu hakikat, bukan cakap kosong. Gasaklah orang nak kata sombong atau apa. Berlagak atau apapun, mereka ada mulut.
"Saya dah lama 'established', bukan nak meninggi diri. Orang ramai tahu. Saya pernah jumpa artis-artis lama, Ahmad Jais dan Hamid Gurkha. Mereka mengadu kepada saya hal yang sama macam ini," katanya.
Malah, dia yang pernah menganggotai kumpulan Lefthanded itu terkejut dengan cerita mereka sekali gus membuatkan dia tidak mahu melakukan persembahan lagi.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.