Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor hari ini mengesahkan pengarah, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu hari ini.

Peguam syarie Muhammad Fadhil Abd. Razak yang mewakili Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding kes itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib.
Mahkamah mendapati penceraian pasangan artis itu telah berlaku di luar mahkamah.
“Mahkamah mendapati penceraian berlaku antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira). Fokus kita hari ini adalah pengesahan lafaz cerai (luar mahkamah). Keterangan telah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini,” katanya.
Tambahnya, kes cerai tersebut sudah selesai dengan keputusan mahkamah hari ini.
Sementara itu, peguam Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul ketika ditemui turut mengesahkan perkara sama yang mana anak guamnya dan Ira sah bercerai talak satu pada pukul 10.30 pagi.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.