Bintang pujaan hati Bollywood, Salman Khan telah dilaporkan hampir ditembak oleh sekumpulan penembak tepat, Lawrence Bishnoi yang telah merancang untuk membuncuh pelakon popular tersebut.
Memetik The News Minute, salah seorang ahli kumpulan yang dikenali sebagai Rahul telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penduduk Faridabad, India.
Ketika disoal siasat, Rahul mengakui bahawa dia sendiri memantau kediaman Salman Khan di Bandra, Mumbai atas permintaan kumpulan Lawrence Bishnoi. Polis mendakwa bahawa Rahul telah berada di kawasan itu selama lebih dari dua hari.
Ternyata Rahul telah pergi ke Mumbai pada bulan Januari yang lalu untuk memerhati segala gerak-geri Salman Khan.
"Berdasarkan siasatan, Rahul mendedahkan dia telah pergi ke kawasan kediaman Salman pada Januari lalu untuk tujuan memantau sebelum membunuh pelakon itu.
"Dia berada di kawasan itu selama dua hari, tindakan itu merupakan arahan dari pihak Bishnoi dan seorang lagi anggota kumpulan terbabit," kata pegawai perhubungan awam Balai Polis Faridabad, Sube Singh.
Namun, rancangan mereka tidak berjaya disebabkan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia.
Difahamkan, Rahul dihadapkan ke mahkamah dan akan menjalani siasatan lanjut.
Sumber: The News Minute
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.