Pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan derma RM5.2 juta kepada 19,000 orang pekerja industri hiburan Bollywood yang terjejas.
Menurut Times of India, seramai 3,000 pekerja telah menerima wang bernilai 5,000 Rupee India (RM286) seorang dan berbaki lagi 16,000 orang.
Ashok Dubey wakil Kesatuan Pekerja India Cine berkata bahawa Salman telah meminta maklumat 25,000 pekerja dan sebanyak 19,000 data telah diperoleh. Mereka akan menerima wang tersebut sepeti yang dijanjikan tidak lama lagi.
Ada sebilangan pekerja industri yang punyai kewangan yang stabil dan meminta sumbangan itu diberikan kepada individu yang memerlukan.
Salman memutuskan untuk membantu pekerja industri perfileman Bollywood yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19 pada hujung bulan Mac lalu.
Jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh pelakon popular adalah lebih RM5.4 juta kepada pekerja industri Bollywood yang terjejas, jika dihitung.
Kerajaan India telah mengumumkan tempoh 'lockdown' negara itu selama 21 hari ekoran penularan COVID-19.
Sehingga kini negara itu mencatatkan jumlah pesakit COVID-19 seramai 4,421 orang dan 115 kematian.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.