
Kehadiran Putera Abdul Mateen yang merupakan pewaris takhta Brunei di temasya Sukan SEA 2017 menjadi perhatian orang ramai dan ramai peminat sanggup hadir ke lapangan untuk bertemu sendiri selepas habisnya acara ekuestrian polo di mana Malaysia menentang Brunei semalam.
Dari video yang dimuatnaik oleh Utusan Malaysia, Putera Abdul Mateen menjadi tumpuan peminat yang hadir untuk menyaksikan sukan polo di mana Brunei tewas kepada Malaysia dengan mata 12-4.
Tapi yang paling menjadi tumpuan adalah seorang peminat yang sanggup untuk ponteng sekolah kerana mahu bertemu dengan putera idamannya ini. Kelihatan di dalam video, pemuda ini tidak langsung lokek untuk bertemu dan bergambar dengan peminatnya walaupun pasukannya tewas dalam aksi semalam. Kami kagum dengan semangat Putera Abdul Mateen ini dan dia sangat menghargai peminatnya yang sanggup datang dari jauh demi menyokong beliau dan pasukannya.
Sumber dari Rotikaya dan Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.