Penyanyi Radhi OAG dituduh memukul bekas isterinya dan dia memilih untuk menyelesaikan dakwaaan itu mengikut undang-undang secepat mungkin.

Berusia 47 tahun, penyanyi itu enggan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah apabila bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, 30 meminta bayaran berjumlah RM300,000 yang dianggap melampau.
“Sebenarnya saya tak nak cakap banyak sebab takut jejaskan perbicaraan. Harapan saya mahu selesaikan secara baik hari ini. Tak mahu isu berlarutan panjang.
“Memang dulu dia nak tarik kes dan selesaikan luar mahkamah dengan tetapkan bayaran tertentu. Tapi saya rasa itu bukan jalan yang sebetulnya.
“Tuduhan ini terlalu berat, kalau saya buat mesti saya mengaku tapi hakikatnya memang saya tidak lakukan itu seperti didakwa,” katanya.
Radhi dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Seksyen dan Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi prosiding kes pukul bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri.
Dia juga memaklumkan kedua cahaya matanya berada di bawah jagaannya bekas isterinya setakat ini.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.