
Sebut saja Che Ta semua pasti kenal dengan pelakon dan usahawan popular ini. Isu rampas suami orang semakin menjadi - jadi termasuklah dikalangan artis di Malaysia.
Susulan isu tersebut Che Ta menyuarakan pendapat peribadinya, dia tidak menyalahkan golongan lelaki yang mengambil keputusan untuk berpoligami tetapi tidak bersetuju dengan sikap perempuan yang memilih suami orang untuk menjadi pasangannya.
"Saya anti perampas suami orang! Sebenarnya perempuan sendiri yang menghancurkan hidup perempuan lain!
"Kita tidak boleh menghalang lelaki daripada berkahwin dengan wanita lain namun sebagai wanita kita boleh menghalang diri daripada berkahwin dengan suami orang."
"Ada ramai lagi lelaki bujang, kenapa perlu rampas suami orang?
"Namun, jangan salah anggap. Kenyataan saya ini tidak bermakna saya menolak poligami," katanya kepada Astro Gempak.
Che Ta pernah memuat naik sekeping entri di Instagram yang menyindir golongan wanita merampas suami orang.
"Allah mahu berikan yang lebih baik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita," katanya yang pernah berdepan situasi penceraian suatu ketika dahulu.
Kredit Astro Awani dan Astro Gempak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.