Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 hari ini, 11 Januari 2021.
Dikenali ramai tanpa mengira usia, penyanyi yang sinonim dengan panggilan Tokti telah menerima ribuan ucapan hari lahirnya sejak tengah malam semalam.
Ekoran dari itu, beliau menitipkan ucapan terima kasih kepada semua sambil berdoa agar negara kita dilindungi Allah dan dijauhkan dari musibah yang lebih teruk.
“11 Januari 2021.
Alhamdulillah & Terima kasih.
“Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini.
“Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar 6 bulan lalu, di mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja.
“Semoga Basyirah atau khabar gembira akan mengiringi kita semua dan kita akan menang.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi bantuan, bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat.
“Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi.
“Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!”
Menjengah ke laman sosial Twitter, tanda pagar #HappyBirthdaySitiNurhaliza juga menjadi trending dengan ucapan dan doa yang tak putus-putus daripada peminat dan orang ramai.
Happy birthday Tokti!
Sumber: Instagram / Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.