Keluarga pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah diserang sakit dengan mengalami muntah dan cirit-birit selama hampir seminggu.

Malah, dia juga bimbang apabila isterinya, Syatilla berkongsi foto dengan mata merah seakan-akan berdarah di laman Instagram semalam.
“Awalnya anak-anak perempuan Sarima dan Salama yang sakit muntah-muntah dan cirit-birit.
“Syatilla pula sebelum demam, mata sudah tidak selesa, gatal dan berair serta rasa kabur. Selepas mata dia mula nak okey, sehari selepas anak-anak demam, Syatilla pula demam.
Malah, mereka juga tidak tahu puncanya sakit tersebut yang dialami satu keluarga kecuali anaknya Syeriv.
“Bila sudah mula muntah-muntah, mata Syatilla yang sebelum itu mula okey menjadi merah seperti pembuluh mata pecah,” jelas Sam.
Mereka sekeluarga pantas ke hospital berdekatan rumahnya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.